
"Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan."
Allah memberikan setiap waktu dengan keutamaan yang berbeza-beza, di antaranya ada waktu-waktu tertentu yang sangat baik untuk berdoa, akan tetapi kebanyakan orang mensia-siakan kesempatan yang baik tersebut. Mereka menyangka bahawa seluruh waktu memiliki nilai yang sama dan tidak berbeza. Setiap muslim seharusnya memanfaatkan waktu-waktu yang utama dan mulia untuk berdoa agar mendapat kejayaan, keuntungan, kemenangan dan keselamatan. Adapun waktu-waktu mustajab tersebut antara lain ialah:
1. Sepertiga akhir malam
2. Tatkala berbuka puasa bagi orang yang berpuasa
3. Setiap selepas sembahyang fardu
4. Ketika saat perang berkecamuk
5. Sesaat ketika Hari Jumaat
6. Ketika waktu bangun tidur pada malam hari bagi orang yang sebelum tidur dalam keadaan suci dan berdhikir kepada Allah
7. Doa di antara azan dan iqamah
8. Doa ketika waktu sujud di dalam sembahyang
9. Doa saat sedang hujan
10. Ketika saat ajal tiba
11. Doa ketika Hari Arafah
"Janganlah kalian berdoa untuk diri kalian kecuali kebaikan, kerana para malaikat mengamini apa yang kamu ucapkan."


wat if i had 2 brdoa in my toilet?still can ka?
ReplyDelete